Wednesday 22 June 2011

Penanda Wacana

Akhir-akhir ini, banyak murid yang gemar menggunakan perkataan yang sudah jarang-jarang digunakan atau telah digolongkan sebagai perkataan yang tidak digunakan lagi seperti marcapada, intiha, walhasil, akhirul kalam, dan banyak lagi. Yang menghairankan ialah perkataan ini digunakan oleh calon dalam peperiksaan.

Jika kita membaca majalah akademik, perkataan-perkataan tersebut tidak akan kita temukan. Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa perkataan tersebut digolongkan sebagai perkataan yang indah, menarik dan mampu memikat pemeriksa.

Dengan berdasarkan pengalaman saya sebagai pemeriksa, banyak calon yang menggunakan perkataan tersebut tidak tepat. Sebagai contohnya, perkataan `muasir’ seperti yang anda kemukakan. Saya amat hairan kerana dari manakah anda memperoleh perkataan ini? Jika anda merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ini tidak terdapat dalam kamus tersebut.

Daripada pengalaman dan pengetahuan saya, perkataan ini dicedok bulat-bulat daripada bahasa Arab yang membawa maksud kontemporari atau semasa. Jika perkataan itu dieja sebagai `muassir’, maksudnya pula agak berbeza, iaitu menyusahkan. Oleh hal yang demikian, mengapakah anda terlalu ghairah untuk menggunakan perkataan ini?

Dengan berdasarkan pengalaman saya sebagai penulis artikel dalam pelbagai majalah, surat khabar, dan juga penulis buku teks, saya tidak pernah menggunakan perkataan ini dan saya tidak pernah menemukan perkataan ini dalam Kamus Dewan Edis Keempat.

Oleh itu, ikutlah nasihat daripada guru Bahasa Melayu di sekolah anda. Saya yakin bahawa guru anda ialah guru Bahasa Melayu yang berwibawa. Ingatlah bahawa jauhari sahaja yang mengenal manikam.

Penggunaan Kad Kredit

Kebaikan dan Keburukan Penggunaan Kad Kredit

Pengenalan

- Bilangan pengguna kad kredit semakin bertambah

- Penggunaan kad kredit semakin mengubah kehidupan manusia ke tahap yang lebih bergaya dan unggul.

- Individu yang berpendapatan lebih RM 24 000 ke atas boleh memohon kemudahan kad kredit,

- Sebagai contoh kad Visa dan kad Master


Kebaikan

Penggunaan kad kredit menyenangkan urusan seharian manusia

pemegang kad kredit tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli-belah di pasar raya.
Pemilik kad kredit cuma menurunkan tandatangan sahaja pada bil barang yang dibeli
• Pemilik kad kredit dikehendaki membayar bil itu pada akhir bulan dan itupun boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan para pemilik kad

* Sebagai contoh: CITIBANK menawarkan kemudahan pembayaran tol Touch N Go, pembayaran bil melalui internet dan lain-lain lagi


2. Penggunaan kad kredit didapati lebih selamat
*-pemegang kad kredit tidak perlu bimbang wang tunai mereka dicuri atau dirompak semasa membeli-belah dan melancong.Kalau kad kredit hilang atau dicuri,mereka boleh membuat laporan dan pemegang kad itu tidak akan menanggung risiko kad yang hilang itu.


Rumusan

Tips.

Asas Merumus

1. Baca sekali untuk mengenal pasti topik dan idea / buah fikiran pengarang/ pendapat pengarang tentang topik.
2. Tentukan fokus pengarang, contoh, punca, kesan, langkah berkaitan topik.
3. Rumusan ialah gabungan kemahiran memaham petikan, menulis wacana/karangan, dan meringkaskan karangan. Oleh sebab itu, topik yang diketengahkan WAJIB difahami, jika tidak difahami, calon akan mengambil maklumat yang salah daripada petikan. Yang perlu diambil ialah BUAH FIKIRAN pengarang.
4. Semua ayat asasnya ada idea kecuali ayat yang:
a. Jelas menyenaraikan contoh sebagai penerangan dan tidak dikupas.
Oleh hal yang demikian, ayat yang ada perkataan ' contoh', tidak
semestinya tiada idea.
b. Jelas merupakan ayat yang mengulang idea sebelumnya.
5. Tanamkan dalam fikiran bahawa idea/buah fikiran pengarang tidak mungkin terhasil daripada satu ayat. Idea terhasil daripada beberapa ayat.
6. Dalam satu perenggan mungkin ada 1 atau 2 idea atau lebih. Pastikan anda kesan idea-idea dan huraian dalam ayat-ayat yang dibaca.
7. Ambil sekurang-kurangnya SATU PERKATAAN PENTING yang menggambarkan idea pengarang dari setiap ayat yang dibaca. Ini mengelakkan anda tertinggal isi.
8. Anda akan dapati, petikan hanya menyenaraikan 5/6 isi daripada sejumlah perkataan yang banyak itu!
9. Idea utama ada dalam perenggan 1. Jangan mengada-ngada nak cari tempat lain.
10. Kesimpulan ada dalam perenggan akhir.
11. Satu idea paling kurang ada 2 intipati baik dalam idea utama, isi sokongan, mahupun kesimpulan.

Sumber: MyBahasa Melayu.blogspot