Variasi Bahasa 
Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.
| Variasi bahasa | Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan   oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. | 
| Dialek | Merupakan variasi bahasa apabila   variasi bahasa itu masih difahami oleh    pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian   geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. | 
| Idiolek | Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. Merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari   segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan   alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan   atau seisi keluarga. | 
| Dialek kawasan/   dialek daerah  | Variasi bahasa yang berkaitan dengan   pengguna dalam sesuatu kawasan.  Istilah   lain ialah loghat daerah. Dikaitkan dengan rumpun bahasa   Austronesia, cabang Nusantara.  Cabang   Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Sumatera,   Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Filipina dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan   Sumatera bersama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan   Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi   Bahasa Melayu di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di   Brunei dan Singapura.  Antara dialek di Malaysia ialah   dialek Utara, dialek Selatan, dialek Kelantan, dan dialek Perak. | 
| Dialek sosial | Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu   bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan.   Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa-bahasa yang   formal.  | 
Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau dialek daerah, dan dialek sosial
Pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.
Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.
Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.
Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.
 
Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal
| Ragam   Bahasa Bebas | Bahasa   Terkawal | 
| Ayat yang tidak   gramatis. Tidak mementingkan   aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa. Contoh: You ni betullah degil sangat. I   dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu. | Ayat yang gramatis Mementingkan   aspek-aspek sebutanm intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan   tatabahasa. Contoh: Awak sangat degil. Saya telah   berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak   masih hendak ke sana. | 
Bahasa Slanga
Bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan penutur tertentu seperti golongan remaja.
Bahasa tidak rasmi, tidak baku dan bersifat musiman (tidak kekal)
Dikenali sebagai bahasa kutu atau bahasa rocker dalam kalangan remaja
Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.
Kosa kata yang digunakan mempunyai makna tersendiri dan hanya difahami oleh sekumpulan remaja.
Contoh bahasa slanga brader, pakwe, mengancam, sekeh, sempoi, sengal, kantoi, hampeh,cintan, balak, bro, poyo, tangkap leleh, cun dan lain-lain lagi.
 
Bahasa Basahan
Juga disebut sebagai bahasa kolokial.
Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.
Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.
Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:
(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa
| Bahasa   Baku | Bahasa   Basahan | 
| Mengapa | kenapa | 
| Bagaimana | macam mana | 
| Sedang | tengah | 
(b) bentuk kependekan
| Bahasa   Baku | Bahasa   Basahan | 
| Hendak | Nak | 
| Tidak | Tak | 
| Sudah | Dah | 
     
                                                              
(c) perubahan bunyi
| Bahasa   Baku | Bahasa   Basahan | 
| Ambil | ambik | 
| Kecil | kecik | 
| Pula | pulak | 
 
Bahasa Pasar
Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu
Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.
Dikaitkan dengan bahasa pijin (variasi bahasa yang dipermudahkan untuk proses komunikasi)
Ciri-ciri:
a)    Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.
Contoh: orang ini disebut ini orang
             Orang itu ada sebuah rumah banglo disebut itu orang ada satu rumah banglo
b)   Perbendaharaan kata termasuk kata ganti nama banyak dipengaruhi oleh bahasa ibunda masing-masing.
Contoh:  gua (saya), lu (awak)
c)    Penyebutan perkataan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.
Contoh :  olang (orang), sulat (surat), tatak  (tiada)
d)   Penggunaan perkataan punya dan menjadikan banyak sebagai kata penguat.
Contoh: banyak cantik.
                       dia punya barang, apa punya budak.
 
Bahasa Halus
Bahasa halus wujud kerana pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama.
Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan.
Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.
Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.
Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.
Berikut diturunkan beberapa contoh:
| Bahasa   Basahan | Bahasa   Halus | 
| Kencing | Buang   air kecil | 
| Berak | Buang   air besar | 
| mengandung/bunting | Berbadan   dua | 
| Kubur | Makam | 
 
Bahasa Kasar
Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata kesat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak  dan sebagainya.
Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.
Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka  dianggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.
| Bahasa   Kasar | Bahasa   Halus/Kiasan Pemanis | 
| membuta | Tidur | 
| Mampus | Menghembuskan   nafas yang terakhir | 
| Bunting | Berbadan   dua | 
| bini | Isteri | 
| Muntah   kedarah | Makan | 
Ciri-ciri Bahasa Halus dan Bahasa Kasar
| Bahasa    | Bahasa   Halus | 
| Diucapkan   dengan nada suara yang lembut dan rendah | Penggunaan   kata kasar dan kesat yang kurang menyenangkan pendengarnya | 
| Pemilihan   diksi memperlihat kan unsur kesopanan | Menggunakan   kata sindiran | 
| Menggunakan   tatabahasa yang sempurna | Menggunakan   kata ganti nama diri yang kurang sopan | 
| Menggunakan   kata ganti nama diri yang sopan | Tidak   menggunakan peraturan nahu yang lengkap | 
| Menggunakan   peribahasa atau kiasan | Penggunaan   dalam emosi negatig | 
Dialek
Variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.
Dialek ditentukan oleh faktor geografi dan sosial.
Dialek berbeza dari segi:
a. Sebutan
Contoh: Perkataan `air' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.
b Gaya lagu bahasa
Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan.
c. Tatabahasa
Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.
perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).
(d) Kosa kata
Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)
(e) kata ganti diri
Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)
Hang (dialek utara bermaksud kamu)
 
No comments:
Post a Comment